assaabiquun.com

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Welcome to Akademi Tahfiz ASSAABIQUUN

MUQADDIMAH

Akademi Tahfiz Assaabiquun diasaskan oleh puan pengetua,graduan B.Ed.TESL ,Universiti Kebangsaan Malaysia,seorang bekas guru Kementerian Pelajaran Malaysia dan ibu yang mahu sebuah akademi tahfiz yang menerapkan motto :

IBU ADALAH GURU DI RUMAH, GURU ADALAH IBU DI MADRASAH.

Akademi ini mematuhi peraturan Majlis Agama Islam Kedah,Jabatan Pelajaran Negeri Kedah,Majlis Perbandaran Kulim,Jabatan Kerja Rakyat,Jabatan Bomba dan Penyelamat dan sedia bekerjasama dengan semua pihak berkuasa dan muslim umumnya.

Jumlah pelajar pula tidaklah terlalu ramai kerana ingin menyediakan suasana rumah yang sakinah dan keluarga islamik untuk anak-anak ini.

Akademi Tahfiz ASSAABIQUUN memisahkan kelas pelajar perempuan dan lelaki .

Hasrat dan rasional ini selari dengan doa agar albanati disini akan seterusnya melanjutkan pengajian ke maahad berprestij seperti Maktab Mahmud untuk pengajian menengah dan Effat College Jeddah dan Ummul Qura Makkah,Arab Saudi bagi pengajian tinggi mereka.

Dengan prinsip bahawa semua manusia berhak menerima ilmu dunia dan akhirat,akademi tahfiz ASSAABIQUUN menerima semua tahap pencapaian kognitif demi kebahagiaan akhirat muslim seluruhnya.Puan pengetua ingin membuktikan ketulusan hati para ibu ASSAABIQUUN dalam memaksimakan potensi insan.Setidak-tidaknya anak –anak ASSAABIQUUN akan menjadi graduan Universiti KEBANGGAAN(ya,anda tidak salah baca!) Malaysia!

Adalah menjadi inspirasi puan pengetua dan barisan ibu madrasah agar para ibu mukmin merasa lega kerana wujudnya satu tadika tahfiz dan akademi tahfiz khusus untuk anak perempuan di Kulim dimana anak –anak ini berpeluang mendapat ilmu dunia dan akhirat dan pada masa yang sama masih dapat membelai anak mereka dirumah .

Insya Allah, yang menjadi doa kami ialah agar kami mampu menjana pendapatan bagi membina 2 buah tadika tahfiz dan 2 buah akademi tahfiz rendah yang setiap satu mendidik anak mukmin secara berasingan mengikut jantina suatu hari nanti.

You are here: Home